KLIK SAJA

Thursday, September 29, 2011

SALURAN KEDUA...UNTUK MEREKA YANG BERMINAT KE IPTA

SALAM BAHAGIA..
BERTEMU KITA LAGI UNTUK KESEKIAN KALINYA...
PETANG TADI, SAYA ADA BER"PM" DENGAN SALAH SEORANG PPP YANG SEDANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH...
SYUKUR KERANA DIPERTEMUKAN WALAUPUN DI ALAM CYBER...
SYUKUR JUGA KERANA BELIAU SUDI UNTUK MELAYAN PERTANYAAN SAYA...



KENAPA DENGAN BELIAU?...
SEPERTI KEBANYAKAN KITA, BELIAU JUGA SEDANG CUBA UNTUK "MEMPERTINGKATKAN DIRI" DENGAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI....
APA YANG ISTIMEWA DENGAN BELIAU?...
SAYA TERDETIK UNTUK PM BELIAU SETELAH MELIHAT KEPADA MAKLUMAT DIRI BELIAU...
BELIAU SEKARANG SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI BIDANG SAINS SUKAN DENGAN PENDIDIKAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA....
SEBUAH UNIVERSITI YANG BOLEH DIKATAKAN SEMUA BIDANG PENGAJIANNYA MENDAPAT PENDAPAT PENGIKTIFARAN MQA DAN LEBIH PENTING JPA SENDIRI...
*UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA, BOLEH DIKATAKAN SEMUA KURSUS YANG DIJALANKAN OLEH IPTA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN JPA

BELIAU TELAH BERJAYA MENDAPAT CUTI SEPARUH GAJI DENGAN MENJALANI KURSUS SECARA SEPENUH MASA BAGI MEMENUHI TUNTUTAN KENAIKAN SKIM OLEH JPA....

SATU PERKARA YANG BELIAU TELAH INGATKAN SAYA PERKARA YANG TELAH SAYA LUPA...
SETELAH BERTANYA MACAMANA BELIAU MASUK KE UKM, BELIAU MEMBERITAHU BAHAWA BELIAU MASUK MELALUI SALURAN KEDUA...
YA, SALURAN KEDUA...

UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA SEMUA, IPTA ADA MENAWARKAN PENGAJIAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI DIPLOMA DAN MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJA DALAM BIDANG BERKAITAN....
SAYA ADA MENYEDIAKAN BEBERAPA ALAMAT SAMBUNGAN KE BEBERAPA IPTA YANG MENAWARKAN PENGAJIAN IJAZAH MELALUI SALURAN KEDUA...

SILA RUJUK ALAMAT DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT...
PERLU DIINGAT, MEREKA YANG BERMINAT DAN JIKA TERPILIH, PERLU MELALUI BEBERAPA SARINGAN SEPERTI TEMUDUGA DAN PEPERIKSAAN KHAS YANG JIKA ANDA LULUS, AKAN MEMBOLEHKAN ANDA UNTUK MEMBUAT PEMINDAHAN KREDIT...
MAKA DENGAN CARA INI, MASA PEMBELAJARAN MUNGKIN AKAN DIPENDEKKAN....INGAT, MUNGKIN...

BERIKUT IALAH ALAMATNYA SAMBUNGANNYA....

http://registry.usm.my/admis/add_skedua_syarat.asp
http://eputra.com/permohonan-pengambilan-ipta-sesi-disember-2009-januari-2010/
http://registry.usm.my/admis/add_skedua_program.asp
https://smp.ukm.my/smpe/kemasukan/menu2.cfm#14

ANDA BOLEH BUAT CARIAN SENDIRI UNTUK MEMERIKSA KURSUS YANG SESUAI DENGAN KEHENDAK ANDA...

PERLU DIINGAT LAGI, SAYA BUKANLAH BERTUJUAN MEMPROMOSI KURSUS KURSUS INI KEPADA ANDA...
TAPI JIKA ADA YANG INGIN "MEMPERTINGKATKAN DIRI", MOHONLAH...
BIASANYA MEREKA YANG BERGRADUATE, JIKA DILANTIK, AKAN BERTUKAR SKIM...
MAKSUDNYA, BUKAN LAGI SEBAGAI PPP...
ANDA BOLEH KATAKAN HARI INI, BAHAWA ANDA MASIH BERJIWA PPP, TAPI MANUSIA BERUBAH SEIRING MASA...
PERCAYA LAH...
DAN, TERPULANG LAA...
SELAMAT BERJAYA....

kredit untuk saudara Mohd Syarizal Md Isa
admin mohd hazrul


Tuesday, September 27, 2011

BERITA TERKINI

Salam bahagia dan semoga kita semua sejahtera hendaknya di dalam lindungan Tuhan...

Baru-baru ini beberapa sahabat memberikan maklumat bahawa terdapat sebuah kolej swasta telah memberikan kelulusan kepada mereka yang memegang Diploma Pembantu Perubatan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah...

Kolej tersebut menawarkan program ijazah dalam Doctor Medicine kepada mereka yang berminat...
Pihak kolej mewajibkan hanya mereka yang mengambil SPM dalam jurusan Sains Tulen dan mendapat PNGK 3.5 dan ke atas layak memohon untuk kursus tersebut....

Pihak admin bukanlah mempromosikan kursus dan kolej ini kepada sahabat semua...
Kami hanya ingin memberikan info terkini kerana ada dikalangan ppp yang berminat untuk menyambung pengajian....

Program ini akan dilaksanakan selama 5 tahun...
Untuk maklumat lanjut, sahabat semua boleh klik pada ruangan "LINK IPTA/IPTS di sebelah kanan blog ini...
Semak juga pengiktirafan daripada JPA berkenaan kursus ini dan prospek kerjaya...
dan jangan lupa juga untuk semak pengiktirafan MQA pada ruangan yang sama...

semoga bertemu di lain masa...

wassalaam...

Thursday, September 22, 2011

Perakuan Akreditasi


Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu pengiktirafan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Institusi yang mana program telah memperolehi Perakuan Akreditasi sahaja yang layak menggunakan perkataan 'Pengiktirafan Dari Malaysian Qualifications Agency, (MQA)' dalam iklan dan tawaran program pengajian mereka. Program mereka layak dipertimbangkan untuk diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan perkhidmatan di sektor awam. Akreditasi merupakan status atau tahap tertinggi dalam penilaian kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan komitmen MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuan-tujuan yang berlainan. Contohnya, JPA akan menggunakan status Akreditasi ini bagi mengiktiraf kelayakan tersebut untuk tujuan berkhidmat dengan kerajaan. Badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) akan menggunakannya untuk mengiktiraf pelajar kejuruteraan untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera profesional.

Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri. Selain ia menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi manfaat lain seperti berikut:


i.

Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


ii.

Pelajar juga layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain dan mendapat pengecualian kredit. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada institusi terbabit.


iii.

Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam pengambilan graduan sebagai pekerja mereka.


iv.

Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.