KLIK SAJA

Tuesday, August 30, 2011

PERUTUSAN HARI MERDEKA ALUMNI G15 KPPUK

Assalammualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia untuk semua warga penolong Pegawai PErubatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Hari ini genap negara kita yang dicintai menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 54.

Pada tanggal 31 ogos 1957, negara kita telah berjaya mendapatkan kemerdekaan hasil dari rundingan yang diketuai oleh YM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dari empayar British.

Kejayaan Tunku bukanlah kejayaan peribadi, tetapi merupakan kejayaan rakyat Malaysia keseluruhannya yang telah menunjukan hasrat untuk merdeka, samaada melalui pertubuhan politik ataupun perjuangan senjata.

Empayar British adalah antara empayar yang terbesar dan paling tersusun dalam sejarah dunia setakat ini. Antara legasi peninggalan British ialah Penolong pegawai perubatan yang diasaskan oleh British bagi membantu menyebarluaskan peluang kesihatan untuk rakyat dan membantu merawat tentera British dalam perang.

Dianggarkan sekitar tahun 1900 lagi, pekerjaan yang dinamakan sebagai ' Apothecaries' telah ditubuhkan. Pekerjaan ini turut diwajibkan peperiksaan Society of Apothecaries London.

Di Malaya, Apothecaries kemudiannya dikenali sebagai ' Dressar' dan Sub Asisstant Surgeon. Sebelum tahun 1957 pekerjaan ini kemudiannya dikenali sebagai Hospital Assistant (HA) sesuai dengan peranan besar yang dimainkan termasuk dalam bidang dispensi,makmal,pembedahan,rekod dan lain-lain.

Namun demikian setelah wujud pelbagai jawatan lain yang mengambil tugas Hospital assistant, jawatan ini mula dikenali sebagai Medical Assistant(MA) bagi menunjukan spesifikasi tugas yang semakin khusus.

Pada tahun 2007 sekali lagi nama jawatan ini bertukar menjadi Penolong Pegawai Perubatan. Ini adalah hasil perjuangan lembaga, persatuan dan kesatuan Pembantu Perubatan. Nama ini menunjukan yang pihak kerajaan menghargai dan mengiktiraf kerja dan ilmu Penolong Pegawai Perubatan khususnya di lapangan kesihatan awam iaitu di klinik-klinik kesihatan.

Ternyata sejarah panjang Penolong Pegawai Perubatan dan perjuangannya tidak pernah berakhir. Perjuangan ini akan diteruskan oleh generasi muda seperti kami Kumpulan 15/2004 dan lain-lain.

Seperti mana kemederkaan, setelah pemimpin dahulu mendapatkannya, tanggungjawab kita ialah untuk mempertahannya. Begitulah juga kepada Penolong Pegawai Perubatan, tanggunjawab generasi sekarang ialah mempertahankan profesion yang unik ini memandangkan pelbagai jawatan khusus sesuatu bidang kini wujud dan mula mengancam profesion ini. Ini boleh berlaku seperti mana berlaku kepada Hospital Assistant dahulu.

Akhir kata, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 dan salam perjuangan. Semoga semangat kemerdekaan ini turut menyemarakan semangat perjuangan warga Penolong Pegawai Perubatan.

Monday, August 29, 2011

PERUTUSAN AIDILFITRI ALUMNI G15




Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.

Ramadhan petang ini akan melabuhkan tirainya, semuga kita semua mendapat keampunan dan kerahmatan seperti mana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t

Sesungguhnya ramadhan adalah satu perjuangan, atas semangat ini juga,kami Penolong Pegawai Perubatan seluruh Malaysia amnya akan terus memperjuangkan profesyen ini untuk seiring dengan permintaan industri kesihatan yang giat berkembang dan juga berjuang untuk kecermelangan dan masa depan profesyen ini sendiri.

Penolong Pegawai Perubatan yang dulunya pernah dianggap sebagai tulang belakang kesihatan Malaysia, kini terus maju dan menabur bakti kepada pembangunan negara. Terkini Penolong Pegawai perubatan sedang dintai untuk diletakan di Klinik-klini Desa setelah dengan jayanya berkhidmat di Klini 1Malaysia dan PLKN.

Ternyata penolong pegawai Perubatan bukanlah sebarang profesyen. Jerih perih yang disumbangkan sama ada di hospital atau kesihatan awam akan terus diperkasakan tanpa mengenal erti jemu dan lelah.

Dikesempatan ini, kami Penolong Pegawai Perubatan dari Kumpulan 15/2004 Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya idilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga kerja dan keluarga Penolong Pegawai Perubatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kepada yang bertugas pada musim perayaan ini, pengorbanan anda amat kami hargai dan sesungguhnya pengorbanan ini sesutu yang mulia dan akan dibalas kelak oleh Allah s.w.t
Dan kepada yang bercuti semoga selamat bersama keluarga tersayang dan balik bertugas tepat pada waktunya.

Akhir kata sekali lagi kami ucapkan selamat hari raya idilfitri.
Salam Perjuangan.

Wednesday, August 24, 2011

SENARAI IPTA/IPTS

salam ramadhan...
beberapa pautan untuk mereka yang berminat dengan untuk melanjutkan pelajaran ada ditambahkan ke blog ini..
sila buat rujukan tambahan...
sila rujuk bersama pengiktirafan oleh MQA dan JPA...
perlu diingat, walau ijazah berkaitan ada pengiktirafan oleh MQA, tidak semestinya ijazah tersebut diiktiraf oleh JPA....perhatikan bersama tempoh masa pengajian...sepenuh masa atau separuh masa...
bagi mereka yang ada informasi terkini, sila lampirkan dalam komen...
harap dari sumber sahih....
sekian buat masa ini...

Tuesday, August 23, 2011

INI ADA CERITA PANAS...SELAMATKAH KITA?


MA, adakah anda berisiko bersalah di Klinik 1 Malaysia.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat Pendang, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

9.39 mlm.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 010200 – Sumber Manusia. Saya masih ingin menyentuh tentang Klinik 1Malaysia
berhubung dengan Sumber Manusia ini. Saya tidak tahulah dari mana Yang Berhormat Menteri telah menggunakan perkataan ‘Assistant Medical Officer’. Kerana saya cari dalam Akta 50, Medical Act, Akta Medical Assistant, Akta 180 tidak ada istilah sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Ini kerana saya menyuarakan hasrat ini disebabkan oleh kita memerlukan RM150 juta untuk tambahan emolumen.

Ini kerana kalau kita sebut assistant medical officer, mereka tidak tergolong dalam
kategori mana dalam Akta 50 ataupun Akta 180. Bahkan kalau kita tinjau daripada Akta 366 iaitu Akta Racun pun. Assistant medical officer ini tidak termasuk dalam golongan mereka yang layak untuk memberi preskripsi di dalam Akta Racun ini.
Saya mendapat feedback daripada rakan-rakan yang bekerja sebagai pembantu
perubatan. Mereka ini tertakluk di bawah ketiga-tiga akta ini di dalam menjalankan tugas. Ini kerana kalau kita lihat daripada Fasal 33(1)(f), mereka ini sebenarnya tidak layak untuk menduduki mana-mana klinik, dispensari ataupun hospital ataupun mana-mana pusat apa juga nama pun tanpa pemantauan daripada pegawai perubatan.
Mereka tidak boleh disebut sebagai penolong pegawai perubatan kerana mereka ini adalah medical assistant (pembantu perubatan).

Oleh sebab itu apabila kita daripada akta yang digubal pada tahun 1986, iaitu
pengecualian daripada menggunakan alatan-alatan perubatan. Kalau kita melihat sendiri
daripada akta perubatan sendiri iaitu Medical Act 36(2)(p); “Penggunaan oleh seseorang dalam menjalankan amalan perubatan ataupun pembedahan iaitu menggunakan sphygmomanometer, stethoscope, hypodermic syringe atau alat lain yang digunakan khusus oleh orang yang berkelulusan menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden hendaklah disifatkan sebagai penggunaan alat yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan.”

Maknanya sekiranya mereka ini tidak berdaftar dengan lembaga perubatan, mereka ini tidak layak untuk menggunakan peralatan-peralatan perubatan ini.
Oleh sebab itu dibuat atau digubal satu akta khas - kalau tidak silap dalam tahun 1986
untuk mereka menggunakan peralatan perubatan ini. Senarainya memang panjang - jarum, alat tekanan darah, stetoskop. Bahkan untuk melihat melalui auriskop pun mereka ini mesti menggunakannya dibawah pemantauan pegawai yang berdaftar dengan lembaga perubatan.

Maknanya jika sekiranya kita meletakkan seorang pembantu perubatan ini di sebuah
klinik seperti mana sekarang ini disebut sebagai Klinik 1Malaysia tanpa pemantauan daripada pegawai perubatan yang khusus, mereka ini boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan sebagaimana yang disebutkan di bawah Fasal 33(1)(f); “Seseorang yang tidak didaftarkan atau tidak dikecualikan daripada pendaftaran di bawah akta ini mereka telah melakukan satu kesalahan didalam akta ini.”

Ini maknanya mereka amat terdedah kepada suatu kesalahan yang boleh disabitkan jika
sekiranya terdapat sesuatu masalah di dalam masa mereka memberikan rawatan. Saya bukan
hendak mempertikaikan apa yang dibuat oleh kerajaan tetapi mereka ini berada dalam keadaan berisiko.
Mungkin itulah sebabnya kerajaan telah meletakkan nama ini sebagai penolong
pegawai perubatan. Sebenarnya mereka ini adalah pembantu perubatan bukannya penolong
pegawai perubatan.

Kalau kita melihat jawapan daripada Dr. Noraini Baba pada 30 Mac - kalau tidak silap
saya berhubung dengan MC yang diberikan oleh medical assistant ini. Ia mengatakan mereka ini ‘not illegal’ tetapi ‘invalid’ MC yang dikeluarkan. Ini kerana kalau kita melihat dalam Employment Act 1955 dalam Fasal 60(f) – sick leave. Mereka ini memang tidak layak untuk mengeluarkan sijil cuti sakit.

Kalau kita lihat kepada Akta tahun 1986 – Medical Instrument Exemptions juga mereka ini jika hendak menggunakan peralatan perubatan mestilah di bawah pemantauan secara direct yang melihat penggunaan itu di dalam bilik pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang berdaftar dengan medical council ataupun MMC. Saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana mereka ini...

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Sedikit, boleh?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak perlulah, Yang
Berhormat.

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Ini penting. Saya
mendengarkan ini sebagai mengikut satu persatuan aktiviti yang legislative activity.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang ini pun peringkat dasar, Yang
Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: ...Saya sedikit sahaja. Saya
hendak tanya kalau betul tambahan ini. Yang Berhormat Menteri boleh jawab nanti. Untuk tujuan perbelanjaan 1Malaysia kerana aktivitinya masih lagi di peringkat orang kata – kalau hendak dikatakan haram pun belum lagilah, mohon penjelasan. Akan tetapi kalau itu tujuan perbelanjaannya itu sebagai tambahan Klinik 1Malaysia, saya rasa perbahasan kita pada hari ini tidak wajar. Ia perlu diselesaikan dari segi legality nya itu. Mohon penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Itulah yang saya menyentuh
dalam sumber manusia ini sebab...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Akan tetapi isu yang ini dasar, Yang
Berhormat. Akan tetapi tidak mengapalah, Yang Berhormat Menteri akan menjawab nanti.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sebanyak RM150 juta dipohon
daripada kita untuk diluluskan sebagai tambahan kepada emolumen...
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Emolumen itu gaji pekerja. Yang ini cerita
dasar mengenai Klinik 1Malaysia. Akan tetapi tidak mengapalah Yang Berhormat. Habiskanlah.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ...Pekerja yang dibayar gaji.
Perkara yang kedua yang hendak saya sentuh adalah berhubung dengan keperluan kepada
bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan – RM25.8 juta.
Kalau kita renung kembali pada tahun lepas Malaysia menghadapi masalah dengan susu
yang diimport dari China yang dicemari oleh melamine. Yang Berhormat Menteri juga
mengatakan pada ketika itu kita tidak mempunyai makmal yang cukup untuk mengadakan ujian  SUMBER ADALAH DARI SINI