KLIK SAJA

Tuesday, August 30, 2011

PERUTUSAN HARI MERDEKA ALUMNI G15 KPPUK

Assalammualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia untuk semua warga penolong Pegawai PErubatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Hari ini genap negara kita yang dicintai menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 54.

Pada tanggal 31 ogos 1957, negara kita telah berjaya mendapatkan kemerdekaan hasil dari rundingan yang diketuai oleh YM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dari empayar British.

Kejayaan Tunku bukanlah kejayaan peribadi, tetapi merupakan kejayaan rakyat Malaysia keseluruhannya yang telah menunjukan hasrat untuk merdeka, samaada melalui pertubuhan politik ataupun perjuangan senjata.

Empayar British adalah antara empayar yang terbesar dan paling tersusun dalam sejarah dunia setakat ini. Antara legasi peninggalan British ialah Penolong pegawai perubatan yang diasaskan oleh British bagi membantu menyebarluaskan peluang kesihatan untuk rakyat dan membantu merawat tentera British dalam perang.

Dianggarkan sekitar tahun 1900 lagi, pekerjaan yang dinamakan sebagai ' Apothecaries' telah ditubuhkan. Pekerjaan ini turut diwajibkan peperiksaan Society of Apothecaries London.

Di Malaya, Apothecaries kemudiannya dikenali sebagai ' Dressar' dan Sub Asisstant Surgeon. Sebelum tahun 1957 pekerjaan ini kemudiannya dikenali sebagai Hospital Assistant (HA) sesuai dengan peranan besar yang dimainkan termasuk dalam bidang dispensi,makmal,pembedahan,rekod dan lain-lain.

Namun demikian setelah wujud pelbagai jawatan lain yang mengambil tugas Hospital assistant, jawatan ini mula dikenali sebagai Medical Assistant(MA) bagi menunjukan spesifikasi tugas yang semakin khusus.

Pada tahun 2007 sekali lagi nama jawatan ini bertukar menjadi Penolong Pegawai Perubatan. Ini adalah hasil perjuangan lembaga, persatuan dan kesatuan Pembantu Perubatan. Nama ini menunjukan yang pihak kerajaan menghargai dan mengiktiraf kerja dan ilmu Penolong Pegawai Perubatan khususnya di lapangan kesihatan awam iaitu di klinik-klinik kesihatan.

Ternyata sejarah panjang Penolong Pegawai Perubatan dan perjuangannya tidak pernah berakhir. Perjuangan ini akan diteruskan oleh generasi muda seperti kami Kumpulan 15/2004 dan lain-lain.

Seperti mana kemederkaan, setelah pemimpin dahulu mendapatkannya, tanggungjawab kita ialah untuk mempertahannya. Begitulah juga kepada Penolong Pegawai Perubatan, tanggunjawab generasi sekarang ialah mempertahankan profesion yang unik ini memandangkan pelbagai jawatan khusus sesuatu bidang kini wujud dan mula mengancam profesion ini. Ini boleh berlaku seperti mana berlaku kepada Hospital Assistant dahulu.

Akhir kata, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 dan salam perjuangan. Semoga semangat kemerdekaan ini turut menyemarakan semangat perjuangan warga Penolong Pegawai Perubatan.

No comments:

Post a Comment